Header Ads

Sektor swasta zon Eropah berkembang dalam bulan April

Aktiviti sektor swasta zon Eropah berkembang pada kadar yang lebih kukuh, hasil kajian daripada IHS Markit menunjukkan pada hari Isnin. Menurut pakar, ini telah memberi kesan yang positif ke atas sentimen pasaran mengenai keadaan ekonomi di rantau ini.

Indeks pengurus pembelian komposit IHS Markit terus mengukuh pada bulan April. Indeks yang menjejaki aliran perniagaan merentas sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Bacaan tidak berubah dengan sebanyak 55.2 pada bulan April 2018. Indeks perkhidmatan pengurus pembelian mencapai kepada paras bacaan sebanyak 55 selepas mencecah sebanyak 54.9 pada bulan Mac. Sementara itu, PMI kilang turun ke paras bacaan sebanyak 56 daripada 56.6 dalam tempoh sebulan yang lalu.

Bacaan PMI yang melebihi ambang 50 memberikan isyarat kepada pertumbuhan, manakala angka di bawah 50 bermakna keadaan ekonomi berada dalam zon penguncupan.

"Data pada bulan April bergerak pada tahap yang konsisten dengan pertumbuhan KDNK zon Eropah adalah sekitar 0.6% pada awal suku kedua," kata Chris Williamson, ketua ekonomi perniagaan di IHS Markit.