Header Ads

Teknik Dagangan FOREX - Kunci

Hanya mereka yang malas yang terlepas topik kajiann kita hari ini, dan ada banyak pendapat-pendapat tentang kelebihan dan bahaya menggunakan teknik dagangan ini dalam kalangan pedagang-pedagang Forex.

Topiknya adalah seperti berikut: apa itu kunci dan apa yang kita lakukan dengannya. Adakaj ia membantu?

Secara teknikalnya, kunci ini membantu anda mengelakkan kerugian dagangan.

Berdasarkan maksudnya, ada dua posisi yang sama nilainya untuk instrumen terbuka yang sama dalam arah yang berbeza (belian dan jualan). Ia mungkin kelihatan sama pada awalnya, tetapi sebenarnya tidak.



Kegunaan, Kelebihan dan kekurangan.

Jadi, kita perlukannya untuk apa (jika kita lakukan sama sekali)?

Terdapat konsep untuk menguruskan risiko. Dan alat pengurusan risiko termasuk marjin, jumlah deposit, penghentian tempahan untuk menghadkan kerugian (penutupan transaksi jika senario yang dijangkakan terbatal) dan perkara yang disebut di atas dalam perbincangan. Apakah kelebihan dan kekurangannya jika dibandingkan dengan stop loss?

Kelebihannya sangat jelas - andainya satu posisi dibuka dalam arah yang bertentangan, tetapi pada harga yang kurang dikehendaki, baki akaun tidak akan berkurang. pedagang ada masa untuk menganalisis kesilapan mereka ketika membuka posisi itu dan memaksa untuk mengunci posisi tersebut dengan masih terdapat kebarangkalian untuk memberi keuntungan. Keburukannya pula adalah equitinya (jumlah dagangan yang ada) dikurangkan. Dan secara natural, anda perlu keluar daripada kunci tersebut.

Ringkasan: Penyelesaiannya lebih rumit daripada menggunakan Stop Order, tetapi kebarangkalian untuk rugi secara tiba-tiba setelah mencapai satu tahap kritikal sekurang-kurangnya delambatkan dan mungkin boleh dielakkan.



Kunci sebagai alternatif kepada Stop Loss- illustrasi grafik





Apabila harganya mencapai tahap resistance (garisan merah melintang), kita buka tempahan jualan dalam pasaran (1.08239- tanda merah) dan tetapkan satu tempahan belian dangan syarat tahap resistance mesti melepasi (1.8429 - tanda hijau).






Kita kena pastikan trend menaik (tahap seterusnya adalah lebih tinggi daripada yang sebelumnya, seperti yang tinggi) dan apabila harga melepasi tahap resistance yang sebelumya, kita tutup tempahan jualan itu.

Terdapat aplikasi medagang lain untuk teknik kunci ini, iaitu - dengan sokongan posisi yang sangat menguntungkan. Seperti yang anda tahu, harganya tidak pergi secara lurus. Berdasarkan banyak kajian, mekanisma pergerakannya adalah bersifat gelombang dan trend berubah dengan pembetulan. Dalam kes ini, untuk menyimpan keuntungan, jika anda tidak mahu membuka posisi tambahan pada harga sedia ada mengikut arah trend, dan pada masa yang sama, anda tiada keinginan untuk menutup posisi sekarang yang menguntungkan, anda boleh mengunci keuntungan sekarang sebagai langkah sementara untuk memperbetulkannya.

Kelebihan: keuntungan sekarang tidak akan kemana-mana, dan jika berlaku pembetulan, anda boleh mendapatkan untung lebih dengan menutup posisi dagangan yang sudah dikunci dalam zon untung, atau membiarkannya sekejap, biarkan harga yang menutupinya seandainya trend berterusan dan mendapatkan keuntungan lebih dalam posisi utama yang dibuka awal tadi mengikut trend.

Kekurangan: kebarangkalian untuk mendapat keuntungan kurang daripada hasil tutupan yang salah jika berlakunya pembetulan, jika pedagang membuat analisis pergerakan struktur yang salah (yang mereka sangkakan pembetulan bertukar menjadi trend pada arah penguncian).



Kunci sebagai pilihan untung tambahan apabila berdagang pada pembetulan - illustrasi grafik





Apabila tahap resistance (garisan merah melintang) diuji balik, kita jual (1.082217 - tanda merah) jumlah yang sama dengan belian pada 1.05621 (tanda hijau).






Apabila tahap rintangan dipecahkan lagi, kita menutup posisi jual dan meninggalkan kedudukan yang menguntungkan dalam arah trend utama.



Kesimpulan

Seperti yang dinyatakan di akhirnya, penyelesaian dagangan yang nampak logikal jika sekali pandang biasanya digunakan untuk pelaksanaan pelbagai strategi dagangan.

Jadi, ringkasan umum mengenai 2 pilihan yang diterangkan di atas untuk menggunakan posisi mengunci adalah seperti berikut:


  • mengekalkan baki akaun dan mengurangkan risiko jika terdapat analisis trend pasaran yang silap, di mana boleh memicu stop order untuk menghadkan kerugian.
  • menyediakan peluang untuk mendapatkan keuntungan lebih apabila berdagang dalam kawasan pembetulan, dengan syarat posisi utama dibuka mengikut arah trend.
  • teknik-bijak, strateginya kompleks dan memerlukan pengalaman dan pengetahuan dalam menganalisis struktur pergerakan harga untuk aplikasi yang berjaya.