Header Ads

InstaForex

Analisis Harian GBP/USD Untuk 14 Mei, 2018

Pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di sekitar tahap 1.3534 pada minggu yang lalu. Hari ini, tahap 1.3485 merupakan sokongan harian dalam carta 1H. Pasangan mata wang ini dilihat telah membentuk rintangan kecil pada tahap 1.3604 dan rintangan kuat terletak pada tahap 1.3678, sebagaimana ia mewakili rintangan mingguan 1. Oleh yang demikian, rintangan utama dilihat berada pada tahap 1.3678, manakala sokongan segera pada tahap 1.3485. Sekiranya pasangan mata wang ini menutup di bawah titik pangsi mingguan 1.3534, pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan besar akan meneruskan pergerakan menuju ke arah tahap 1.3485 untuk menguji sokongan mingguan 1. Dari sudut ini, kami meramalkan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan bergerak di antara tahap 1.3534 dan 1.3485. Sama pentingnya, RSI masih mendorong harga untuk diniagakan lebih rendah dan harga semasa berada di bawah Moving Average (MA) 100. Oleh yang demikian, pesanan menjual disyorkan kepada para pedagang di bawah tahap 1.3485 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.3422 dan 1.3337 untuk membentuk 'double bottom' yang baru. Walau bagaimanapun, kedudukan untuk menetapkan pesanan stop loss perlu diambil kira; Oleh itu, ia adalah lebih baik untuk menetapkan pesanan stop loss di atas gelombang menaik akhir pada tahap 1.3678.