Header Ads

Hasil Perbendaharaan Sedikit Meningkatkan Kadar Dolar

Pada hari Selasa nilai mata wang dolar pulih dari paras terendahnya dalam tempoh lebih dari seminggu. Kadar itu mula meningkat terhadap isyarat mengenai pengurangan ketegangan dalam perdagangan antarabangsa yang menyebabkan peningkatan hasil Perbendaharaan melebihi sebanyak 3%.

Indeks dolar, yang menjejaki kekuatan nilai mata wang dolar berbanding sekumpulan enam mata wang utama yang lain, rakan dagangan utama Amerika Syarikat, naik sebanyak 0.04% kepada 92.60.

Mata wang Amerika Syarikat (AS) menemui sokongan susulan daripada hasil pada nota Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun telah mencatatkan sehingga 3.025%, merupakan antara tahap tertinggi dalam tempoh tiga minggu. Peningkatan di atas paras tinggi sebanyak 3.035% yang akan menjadikannya paras yang paling tinggi dalam tempoh tiga setengah tahun.

Hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dirangsang dengan penurunan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China selepas Donald Trump berjanji untuk membantu syarikat teknologi Cina ZTE dalam menyambung semula operasi kerja.

Pada bulan April, White House telah mengharamkan syarikat Amerika Syarikat (AS) daripada menjual perisian dan komponen elektronik ke ZTE di mana secara pratikalnya akan menghentikan operasi syarikat.

Kadar dolar mencecah paras tertinggi dalam tempoh empat setengah bulan berbanding sekumpulan mata wang pada minggu lepas. Kemudian pasaran dagangan mata wang tersebut hilang momentum selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang perlahan telah menggagalkan jangkaan untuk dasar kewangan yang lebih ketat oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada tahun ini.

Pengawal selia menaikkan kadar pada bulan Mac lalu dan mengunjurkan dua kenaikan kadar harga bagi tahun ini, walaupun ramai pelabur telah melihat kepada tiga kenaikan yang mungkin akan berlaku.

Para pelabur memandang ke hadapan untuk mendapatkan data mengenai jualan runcit Amerika Syarikat (AS) untuk menilai keadaan ekonomi AS.

Pasaran dagangan bagi mata wang dolar meningkat sebanyak 0.22% berbanding mata wang yen kepada 109.89. Nilai mata wang euro hampir tidak berubah, memegang pada kedudukan sebanyak 1.1926.

Mata wang euro mencecah paras tertinggi pada hari Isnin selepas pembuat dasar Bank Pusat Eropah, Francois Villeroy de Galhau berkata bahawa pengawal selia Eropah menjangka kenaikan kadar adalah berhampiran pengakhiran program QE.

Pasaran nilai mata wang pound adalah stabil, dengan pasangan mata wang GBP / USD berada pada 1.3550, menjelang laporan kerja terbaru UK.

Dolar Australia adalah lebih rendah, dengan AUD / USD menyusut sebanyak 0.11% kepada 0.7517. Pasangan NZD / USD didagangkan pada paras 0.6910.