Header Ads

Kadar pengangguran Jepun kekal tidak berubah pada 2.5%

Kadar pengangguran Jepun adalah berjumlah sebanyak 2.5% pada bulan April, tidak berubah dari bulan sebelumnya, sebagai tanda bahawa keadaan pasaran buruh kekal mengetat di tengah-tengah pemulihan ekonomi yang sederhana, akhbar perniagaan terbesar Jepun, Nikkie, mengatakan, memtik daripada kerajaan.

Kadar pengangguran adalah berhampiran paras terendah dalam tempoh 25 tahun. Kadar pengangguran jatuh kepada 2.4% pada bulan Januari, yang dilihat sebagai antara yang paling rendah sejak tahun 1993. Ketersediaan pekerjaan juga tidak berubah dari bulan Mac pada catatan sebanyak 1.59. Para penganalisis telah menjangkakan kenaikan adalah kepada 1.60. Jepun mempunyai sejumlah 66.93 juta pekerja pada bulan April. Bilangan pengangguran menurun sebanyak 0.6% kepada 1.72 juta.

Pada suku pertama, KDNK Jepun jatuh sebanyak 0.6% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2017 di tengah-tengah kejatuhan dalam sektor pelaburan. Terdahulu, ekonomi negara berkembang untuk lapan suku berturut-turut. Ahli ekonomi menjangkakan pemulihan akan diteruskan pada suku semasa, susulan daripada perdagangan global dan eksport Jepun kini dilihat semakin meningkat.