Header Ads

PMI komposit zon Eropah berada pada paras terendah dalam tempoh satu setengah tahun

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Komposit zon Eropah yang dihasilkan oleh IHS Markit perlahan ke tahap paling rendah sepanjang satu setengah tahun pada bulan Mei 2018. Menurut para ahli, aliran yang diperhatikan dalam pesanan baru menandakan prospek ekonomi yang tidak menguntungkan.

Pada bulan lalu, indeks yang menjejaki aliran perniagaan merentasi sektor pembuatan dan perkhidmatan di 19 negara zon Eropah menurun kepada paras bacaan sebanyak 54.1 daripada bacaan sebanyak 55.1 pada bulan April 2018. Ini adalah bacaan terendah sejak bulan November 2016.

Angka di bawah paras bacaan 50 menggambarkan kepada penurunan dalam aktiviti, manakala bacaan di atas memberi maksud kepada pertumbuhan. Isyarat ini menunjukkan bahawa berlakau peningkatan dalam sektor aktiviti perniagaan selama tempoh 59 bulan berturut-turut. Kelembapan dalam pertumbuhan aktiviti perniagaan telah dicatatkan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Di Sepanyol, indeks meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan, manakala di Perancis dan Jerman bacaan indeks adalah perlahan ke paras terendah dalam tempoh 16 dan 20 bulan, masing-masing. Pada bulan lalu, kawasan Eropah menyaksikan kepada tahap pesanan yang paling rendah. Pada masa yang sama, kapasiti pengeluaran telah diturunkan dengan ketara, pakar berkata.

Sentimen perniagaan kawasan Eropah juga merosot pada bulan Mei 2018. Penunjuk optimis jatuh ke paras terendah dalam tempoh setahun setengah. Pada masa yang sama, pertumbuhan harga input telah melonjak buat kali pertama dalam tempoh empat bulan. Aliran yang sama diperhatikan di Jerman, Perancis dan Sepanyol.

Menurut Eurostat, KDNK di 19 negara zon Eropah meningkat sebanyak 0.4% pada suku pertama bagi tahun ini. Pertumbuhan KDNK pada bulan Januari-Mac 2017 adalah sebanyak 2.5%. Walau bagaimanapun, tinjauan IHS Markit untuk zon Eropah merosot dengan ketara berbanding ramalan optimistik yang dibuat pada awal tahun ini.