Berita Terkini

Bursa Saham Wall Street Bangkit Daripada Paras Rendah Yang Dikecapi Jumaat Lalu!

Harapan pemain pasaran terhadap lebih banyak rangsangan dalam ekonomi dan lonjakan pasaran bon yang semakin surut telah membantu peningkatan saham Amerika Syarikat pada hari Jumaat.

Pada Jumaat yang lepas, 3 bursa utama Wall Street masing-masing mengalami kejatuhan sebanyak 1.5% dan kini mula bangkit dari kerugian mingguan berturut-turut. Walaubagaimanapun, para pelabur masih dihimpit dengan kekhuatiran terhadap risiko kegawatan ekonomi dan ketegangan perdagangan AS-China walupun telah sedikit reda.

Pihak pentadbiran China telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan meneruskan pelan rangsangan ekonomi bagi meningkatkan pendapatan negara pada tahun ini dan tahun 2020. Hal ini bertujuan untuk mendorong peningkatan dalan penggunaan.

Para pelabur juga menjangkakan akan pengurangan kadar faedah lanjutan daripada the Fed dan ECB pada bulan hadapan bagi mengatasi pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Menurut pakar ekonomi, Peter Cardillo, setakat ini belum ada berita utama yang mengenai perang dagang dan hal ini memberi sedikit kelegaan dalam pasaran.

Bursa saham Dow Jones melonjak sebanyak 163.62 mata atau 0.64%, Bursa S&P melonjak 23.56 mata atau 0.83% dan bursa Nasdaq melonjak sebanyak 83 mata atau 1.07%.

11 sektor dalam bursa S&P masing mencatat peningkatan termasuk saham teknologi.