Berita Terkini

China Keluarkan Kenyataan Baru Selepas Ancam Akan Bertindak Balas Terhadap Pengenaan Tarif AS!

Pada Khamis hari ini, China telah mengeluar kenyataan bahawa mereka akan bertindak balas jika Amerika Syarikat memulakan ketegangan dagangan dan teknologi dengan meneruskan pengenaan tarif tambahan ke atas barangan import China pada 1 September nanti.

Berdasarkan laporan, Beijing akan mengenakan tindakan yang sepatutnya berkenaan hal ini. Walaubagaimanapun, tiada rincian yang dikeluarkan mengenai adakah pelan atau tindakan tersebut akan memberi kesan atau tidak.

Kenyataan ini telah memberi impak kepada pasaran kewangan apabila bursa Dow Jones dibuka rendah dan matawang US dolar juga mengalami penyusutan pada sebelah petang hari ini.

Namun, kenyataan susulan yang terkini menunjukkan China telah mula berlembut. Kenyataan terbaru menunjukkan China berharap dapat bertemu dengan wakil Amerika Syarikat bagi membincangkan isu perdagangan yang sedang dihadapi.