Berita Terkini

Emas Dan Minyak Mentah Terkesan Oleh Pemulihan Sentimen Pasaran

Dagangan emas pada Selasa dilihat mendatar selepas mencatatkan lebih 1% penurunan pada sesi sebelum ini dengan risiko dalam pasaran sedikit reda sementara para pelabur sedang menunggu mesyuarat oleh para penggubal polisi dunia pada minggu ini untuk petunjuk terhadap penurunan kadar faedah.

Pada Isnin, emas mencatatkan penurunan di bawah paras $1,500, merekodkan penurunan terbesar harian sejak 19 Julai lalu.

Dagangan buat emas tidak begitu meyakinkan ekoran para pelabur mula kembali mendapat keyakinan terhadap unjuran pertumbuhan.

Saham Asia meneruskan kenaikan pada Selasa dengan harapan rangsangan oleh ekonomi-ekonomi utama dunia bakal mengurangkan risiko ke arah kemelesetan sekaligus turut meningkatkan tarikan terhadap aset berisiko dan memberikan pulangan lebih menarik.

Harga minyak mentah pula lebih stabil pada hari ini dengan pasaran optimis terhadap ketegangan perang dagang AS-China yang sedikit reda di samping harapan rangsangan oleh ekonomi-ekonomi utama dunia yang akan mempengaruhi permintaan minyak mentah.

Amerika Syarikat menyatakan lanjutan bagi penangguhan kebenaran untuk Syarikat Teknologi Huawei China dalam pembelian komponen dari syarikat Amerika. Ini memberi isyarat konflik dagangan yang semakin pulih antara dua ekonomi gergasi dunia itu.

Sementara itu, Reuters melaporkan beberapa penganalisis mendedahkan jangkaan inventori minyak Amerika Syarikat menyusut kepada 1.9 juta tong sehari setakat minggu lalu.

Namun begitu, pasaran tetap memantau laporan oleh Organisasi Negara-negara Pengeskport Petroleum yang mengawal pertumbuhan permintaan minyak global.

Ketegangan di Timur Tengah juga turut diawasi pelabur selepas Amerika Syarikat diarahkan untuk membebaskan kapal tangki minyak Iran dalam konflik yang melanda antara Amerika dan Iran.