Berita Terkini

Huawei Memasuki ‘Fasa Bertempur’ Bagi Berhadapan Krisis Amerika Syarikat

Pada hari Isnin, pentadbiran Amerika Syarikat telah mengambil keputusan untuk menangguhkan sekatan yang dikenakan oleh pentadbiaran Trump ke atas Huawei selama 90 hari. Dengan ini Huawei Technologies dibenarkan untuk membeli komponen daripada syarikat AS dan meneruskan bekalan. Walaubagaimanapun pentadbiran AS mengatakan mereka telah bersetuju untuk memasukkan sebanyak lebih 40 subsidari Huawei kedalam senarai entiti.

Pada hari ini pengasas Huawei telah mengumumkan bahawa ketika ini adalah masa untuk Huawei bertindak lebih serius dan mengatur strategi bagi berhadapan dengan tindakan AS. Menurut pengasas Huawei, Ren Zhengfei Huawei akan membelanjakan lebih banyak ke atas barangan pengeluaran pada tahun ini bagi meneruskan bekalan, menghapuskan peranan yang bertindan dan mengurangkan pengurus yang tidak efisien.

Zhangfei telah mengarahkan para pekerjanya agar berkerja lebih keras bagi mencapai sasaran jualan, dimana ketika ini syarikat sedang berada dalam fasa bertempur dalam berhadapan dengan krisis AS.

Tambah Zhangfei, pada awal pertengahan tahun, hasil jualan agak memberangsangkan berikutan pelanggan-pelanggan di China menunjukkan rasa simpati dengan membayar tepat pada masa dan membeli dalam jumlah yang banyak. Bagi terus bertahan untuk 1/2 tahun lagi maka harus melakukan pelaburan yang strategik dan menyelesaikan masalah pengeluaran.

Dalam tempoh 3-5 tahun Huawei akan mencatat sejarah baru dan mendominasi dunia – Ren Zhengfei .