Berita Terkini

Ini Alasan Mengapa Trump Akan Kenakan Ancaman Tarif Ke Atas Kesatuan Eropah!

Trump memiliki beberapa alasan untuk mengenakan acaman dagangan terhadap Kesatuan Eropah. Berikut adalah alasan-alasan yang boleh menyebabkan Trump kenakan acaman terhadap EU;-

Berdasarkan data yang dikeluarkan pada hari ini, EU mencatat lebihan dagagan dengan AS sebanyak hampir 75 billion euro ($83 billion) pada pertengahan tahun 2019. Angka ini telah meningkat sebanyak 11% berbanding tahun sebelumnya. 1 dekad yang lepas, lebihan dagangan Eropah dengan Amerika Syarikat hanyalah sekitar 18.7 billion euro.

Jerman merupakan negara yang mencatat lebihan dagangan terbesar dalam blok tersebut. Dengan ini, Jerman dan Eropah telah menjadi perhatian utama Donald Trump, ditambah pula mereka juga menyatakan penentangan terhadap tarif aluminium dan keluli yang dikenakan Trump.

Trump mengatakan bahawa beliau boleh sahaja menandakan kereta Jerman adalah sebuah risiko kepada keselamatan dan mengenakan tarif ke atas import sektor automobil. Trump juga sebelum ini mengancam Perancis berikutan mengenai cukai digital baru negara tersebut.

Trump juga berkali-kali mengulangi kekecewaan beliau dengan mengatakan bahawa EU adalah lebih teruk daripada China. EU telah melayan AS dengan buruk.

Kajian yang dilakukan oleh Insititut Kiel Jerman bahawa EU, Kanada dan Mexico berkemungkinan terkena impak daripada tarif yang dikenakan oleh AS dan China ke atas sesama merkea.