Berita Terkini

Kedudukan Terkini Matawang : Isu Politik Dan Data Ekonomi Tidak Membantu Pergerakan Matawang Euro

Matawang US dollar tidak banyak berubah dalam sesi dagangan New York Open pada hari ini. Walaubagaimanapun, momentum pergerkan masih kukuh berbanding matawang Euro berikutan isu politik di zon Eropah.

Matawang euro didagangkan pada paras $1.1079 dengan susut sebanyak 0.03% berbanding US dolar. Bacaan ini semakin hampir dengan bacaan terendah minggu lalu iaitu pada $1.1066 berikutan isu parlimen Itali. Perdana Menteri Giuseppe Conte dijangka akan memberi ucapan dan mengumumkan perletakan jawatan.

Terdapat kemungkinan bahawa pilihan raya tergempar akan berlaku, namun dalam masa yang sama juga terdapat kemungkinan bahawa Presiden Sergio Mattarella akan membentuk kerajaan baru dengan menjalinkan kerjasama bersama parti lain di parlimen. Berdasarkan teori, 5 Stars Movement dan Parti Demokrat mempunyai kebarangkalian untuk bertindak sedemikian.

Selain isu politik data ekonomi juga menekan matawang Euro selepas Deutsche Bundesbank memberi amaran dalam laporan yang dikeluarkan semalam bahawa pertumbuhan ekonomi zon eropah akan menguncup pada suku ketiga.

Walaubagaimanapun, matawang euro kukuh berbanding pound selepas Perdana Menteri Boris Johnson telah memulakan initiatif dengan mengariskan jarak antara UK dan EU dalam bagaimana mengendalikan pembatasan Iris pada masa akan datang. Perdana Menteri UK, Boris Johnson menawarkan tetapan kawalan kastam di Ireland Utara jika Kesatuan Eropah berbuat perkara yang sama di Republik Ireland.

Matawang pound jatuh berbanding Euro sebanyak 0.3% pada awal hari ini dan setakat ini didagangkan pada paras 1.0951.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh pada awalnya pada paras 98.165, dan kini mula catat sedikit penyusutan naik setakat jam 09.55 p.m.