Berita Terkini

Kedudukan Terkini Matawang : Kenyataan Boris Johnson Mendorong Pengukuhan Pound Sterling!

Matawang US dolar mencatat penyusutan berbanding matawang utama pada hari ini berikutan kenyataan kementerian luar china yang bertentangan dengan kenyataan Donald Trump yang dikeluarkan semalam.

Pada hari Isnin, Trump telah memuat naik kenyataan bahawa pihak pentadbiran China telah menghubungi beliau dan membuat tawaran agar rundingan diteruskan. Hal ini telah meredakan isu perang dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Walaubagaimanapun, pada hari ini Kementerian Luar China pula mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan Trump bahawa beliau memaklumkan tidak menerima sebarang laporan berhubung panggilan telefon antara Amerika dan China untuk membincangkan tentang rundingan. Susulan ini sentimen pasaran telah beralih kepada sedikit berisiko dengan keraguan terhadap perdamaian AS-China untuk meneruskan rundingan dagang.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.13% pada paras 97.857 setakat jam 10.00 p.m.

Disisi lain, matawang Sterling mengukuh berbanding US Dolar berikutan dengan mengukuh sebanyak 0.58% kepada paras 1.2287 setakat jam 10.00 p.m. Pengukuhan matawang pound didorong oleh perkembangan Brexit. Pada hari Isnin, Perdana Menteri Boris Johnson mengatakan bahawa beliau telah bersedia untuk beruding mengenai isu Brexit dengan Kesatuan Eropah.

Matawang Yuan telah jatuh ke paras terendah 1/2 tahun berikutan kekhuatiran terhadap perkembangan ekonomi yang terkesan dengan perang dagang.

Matawang Euro tidak banyak berubah pada paras 1.1099 berbanding US dolar.