Berita Terkini

Kedudukan Terkini Matawang : Sentimen Pasaran Semakin Reda Membuatkan US Dolar Mengukuh !

Matawang US dolar didagangkan stabil berbanding matawang utama dengan sedikit pengukuhan pada hari Khamis. Disisi lain, matawang yen telah kehilangan pengaruh dengan mengalami penyusutan berikutan sentimen pasaran telah sedikit reda.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh pada paras 98.050, naik 0.23% setakat jam 10.45 p.m. US dolar mengukuh sebanyak 0.29% berbanding matawang yen pada paras 106.20. Pada hari Rabu, matawang yen telah mengukuh sebanyak 0.8%,, peningkatan tertinggi dalam tempoh 2 minggu.

Sentimen hari ini dihimpit dengan isu data ekonomi daripada China yang mengecewakan dan negara Jerman masih terkesan dengan perang dagangan AS-Sino.

Pada hari ini, China telah mengeluar kenyataan ancaman bahawa mereka akan membalas tindakan pengenaan tarif AS jika ia diteruskan pada September. Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut diiringi dengan kenyataan susulan yang menyakinkan pasaran bahawa mereka ingin bersemuka dengan pihak AS bagi membincangan isu dagangan ini.

Menurut penganalisis, para pelabur mengharapkan the Fed akan meneruskan pelonggaran polisi monetari.

Matawang Euro kini menunjukkan trend jualan berbanding US dolar. EUR/USD didagankan pada paras 1.1102 dengan penyusutan sebanyak 0.32%.