Berita Terkini

Mastercard Persiap Sebuah Pasukan Bagi Matawang Kripto


Mastercard, sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembayaran atas talian tidak terlepas daripada menerima tempias pembangunan wang digital yang kini dilihat sebagai pilihan utama pengguna.

Disebabkan itu, Mastercard memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan Facebook dalam membangunkan matawang kripto yang telahpun diumumkan pada Jun yang lalu. Mastercard juga tampak lebih bersedia apabila menubuhkan sebuah pasukan khas bagi matawang kripto yang diberi nama Libra.

Tujuan penglibatan Mastercard di dalam matawang kripto ini kerana mereka mahu dikenali bukan sahaja sebagai sebuah syarikat kad kredit, malah mereka mahu menjadi syarikat teknologi. Sesetengah pakar menganggap ini adalah langkah yang proaktif.

Mastercard bukanlah syarikat pertama yang bekerjasama dengan Facebook dalam membangunkan Libra. Terdapat banyak syarikat turut terlibat antaranya Paypal, Uber, Lyft, Vodafone, eBay dan Spotify. Tidak terkecuali, seteru utama Mastercard dalam sektor kad kredit iaitu Visa juga terlibat.

Libra berhasrat untuk mewujudkan matawang kripto yang disokong secara digital di serata dunia yang dibina berasaskan teknologi rantaian blok.

Berikutan itu, Timbalan Presiden Senior Mastercard, Seth Elsen melihat rantaian blok dan matawang kripto ini adalah sebahagian daripada pendekatan untuk mewujudkan nilai baharu bagi syarikat