Berita Terkini

Matawang Euro Terus Susut Berbanding US Dolar – Trump Salahkan The Fed!

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sekali lagi melancarkan kritikan terhadap Rizab Persekutuan AS (Federal Reserve) dengan menuduh bahawa the Fed aadalah punca mengapa matawang Euro susut dengan banyak berbanding US dolar. Secara tak langsung ia telah memberi keuntungan kepada negara-negara Eropah.

Kata Trump ” Matawang Euro susut berbanding US Dolar ‘seperti gila’ sehingga beri keuntungan kepada sektor pembuatan dan eksport Eropah dan the Fed pula disisi lain hanya melihat sahaja, tidak berbuat apa-apa.”

Lanjut Trump, kita tidak ada masalah tarif tetapi kita ada masalah dengan the Fed. Mereka seperti tidak tahu-menahu apa-apa.

Sebelum ini dalam minggu yang sama, Trump juga telah menghentam the Fed dengan mengatakan bahawa the Fed tidak dapat bersaing secara mental dalam persaingan dengan negara lain.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama masih didagangkan kukuh sebanyak 0.25% pada paras 98.697 setakat jam 11.20 p.m.

Antara faktor yang mendorong pengukuhan US dolar ialah isu perang daganga AS-China yang semakin reda dan data perbelanjaan pengguna yang kukuh. Walaubagaimanapun, pergerakan matawang sedikit terhambat kerana kejatuhan sentimen pengguna pada bulan Ogos.

Laporan yang dikeluarkan menunjukkan bacaan sentimen pengguna ialah pada bacaan 89.8, tersasar daripada jangkaan yang menjangkakan 92.3 pada bulan Ogos.