Berita Terkini

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS

Pada sesi pembukaan hari ini, ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar AS berikutan belian sederhana dalam keadaan pasaran berhati-hati menjelang pengumuman keputusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2019 hari ini.

Unit tempatan berada pada 4.1900/1940 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1950 ketika ditutup semalam.

Keputusan KDNK suku kedua 2019 yang akan diumumkan menimbulkan pelbagai kemungkinan daripada beberapa penganalisis sama ada hasilnya lebih tinggi atau lebih rendah. Berikutan keadaan ini, pelabur mengambil keputusan untuk menunggu menjelang pengumuman tersebut.

Menurut laporan daripada Bernama, kelemahan pertumbuhan global dan ketidaktentuan jangkaan harga minyak menyebabkan ringgit terus terkesan.

Secara keseluruhan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit naik 3.0161/0205 berbanding dolar Singapura daripada 3.0173/0199 dan tinggi 3.9480/9529 berbanding yen daripada 3.9570/9609.