Berita Terkini

Tetap Berisiko, Dagangan Matawang Eropah Kekal Merosot

Menjelang pembukaan sesi dagangan Eropah hari ini, pergerakan harga bagi matawang Eropah kekal lemah dengan dolar Euro dan Pound Sterling masing-masing mencatatkan penurunan pada sesi Eropah semalam berbanding dolar Amerika Syarikat.

Sterling pada Isnin mencatatkan sedikit peningkatan ekoran sentiment positif terhadap harapan pelabur menjangkakan Britain dan Kesatuan Eropah berkemungkinan mencapai suatu kepakatan dalam rundingan Brexit.

Pound pada minggu lalu merekodkan kenaikan tertinggi dalam dua bulan disokong oleh faktor pelabur yang mengurangkan posisi jualan terhadap matawang tersebut serta permintaan oleh pelabur yang percaya bahawa Britain mampu menghindari situasi Brexit tanpa perjanjian pada Oktober nanti.

Perdana Menteri UK Boris Johnson dijadualkan untuk bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron can Canselor Jerman, Angela Markel pada minggu ini menjelang persidangan G7 pada 24 hingga 26 Ogos di Biarrtiz, Perancis.

PM Johnson pada Isnin menghubungi Perancis dan Jerman untuk mengubah posisi mereka dalam rundingan Brexit dan berunding untuk perjanjian pengunduran yang baru.

PM Johnson telah berulang kali menegaskan bahawa Britain akan tetap meninggalkan Kesatuan Eropah pada 31 Oktober nanti, dengan atau tanpa perjanjian. Namun, prospek Brexit tanpa perjanjian kekal menekan dagangan GBP pada awal Ogos sehingga mencecah ke paras terendah dua tahun.