Berita Terkini

Dell Catat Kenaikan Di Sebalik Kejatuhan Dalam Sektor IT

Di sebalik kebimbangan mengenai landskap pengeluaran teknologi maklumat, Dell Technologies Inc. memberikan keputusan suku tahunan yang lebih baik daripada yang dijangka dan ini menunjukkan bahawa syarikat itu berjaya menguruskan cabaran yang sedia ada di dalam industri.

Mengikut laporan yang dikeluarkan, Dell memperoleh hasil jauh lebih tinggi daripada jangkaan awal dan ini berbeza dengan nasib syarikat-syarikat yang lain di mana mereka gagal untuk mencapai jangkaan yang ditetapkan, sekaligus terpaksa menurunkan jangkaan untuk masa akan datang.

Saham Dell meningkat sebanyak 10.18% dalam masa satu hari. Dell yang mencatatkan kenaikan $4.76 ditutup pada nilai $51.53. Beberapa penganalisis pasaran berpendapat harga saham Dell boleh mencecah hingga paras $65.

Ketika ini pertumbuhan jualan bagi Dell naik 1% berbanding tahun lalu manakala jualan pesaingnya NetApp Inc. jatuh sebanyak 16%. Helwett Packard Enterprise Co.’s (HP) turut mengalami penurunan jualan 7% dan HP Inc. tidak berganjak pertumbuhan jualannya.

Pendekatan yang diamalkan oleh Dell yang bersifat kekeluargaan serta kepelbagaian dari segi produk memberi kelebihan buat syarikat ini meskipun berada di dalam suasana ekonomi yang getir. Ini dapat dibuktikan dengan permintaan terhadap barangan mereka yang mesra alam sekaligus mengimbangi kelemahan perusahaan.

Meskipun Dell berjaya menandingi jangkaan bagi jualannya, syarikat itu masih bergelut untuk mencatatkan keuntungan setelah mengalami kerugian di dalam untung bersih sejak beberapa tahun lalu.