Berita Terkini

Dengar 5 Nasihat Dari Forex Trader Ini Jika Anda Betul-Betul Mahu Berjaya Dalam Forex Trading

Buat yang masih belum kenal website KAKIFOREX.com yang anda sedang baca ini. Website ini mempunyai pelawat hampir 100,000 orang setiap bulan dari kalangan trader seperti anda.

Saya ada sedikit nasihat yang saya ingin kongsikan kepada anda. Ia digarapkan khas dari pengalaman saya dalam bidang ini hampir 19 tahun.

1. Tahu “Big Why” Anda

Matlamat perlu jelas. Kenapa anda trade forex? Jika anda impikan untuk hasil trading ini mampu bayar installment kereta anda bulan-bulan, berapakah nilai tersebut? Be specific. Jika anda pegang busur panah, anda tak dapat panah ke sasaran jika anda tak tahu dimanakah sasaran anda. Ramai trader melakukan kesilapan ini kerana tidak mempunyai sasaran.

Mereka tak tahu dengan jelas, kenapa mereka trade forex. Yang mereka tahu nak kaya sahaja. Banyak mana? Bila? Bagaimana? Semua mereka tak tahu. Jadi know your “big why” akan meletakkan anda menjadi seorang trader yang serious dan berbeza dari kaki-kaki depo sebelah anda.

2. Analisa Fundamental Pelengkap Teknikal

Fundamental berkait rapat dengan pergerakan matawang sesebuah negara. Walaupun ada trader yang claim hanya trade teknikal boleh berjaya, tetapi mereka tak dapat elak dari rujuk Data Ekonomi yang bakal keluar dan event yang bakal terjadi seperti NFP atau FOMC. Jadi anda perlu tahu sedikit sebanyak tentang analisa fundamental. Selepas anda faham fundamental dan teknikal, anda akan perasan yang kedua-dua ini saling berkait.

Belajar fundamental analisis adalah berkait rapat dengan baca setiap berita-berita ekonomi seperti yang di paparkan di website ini setiap hari. Ilmu ini sendiri memberikan kesan besar kepada trading saya, sebab itu saya wujudkan KAKIFOREX.com ini untuk membantu anda faham tentang ekonomi hampir setiap hari.

3. Elakkan Ulang Kesilapan Sama Setiap Kali Trading. Bagaimana?

Kesilapan yang paling teruk adalah melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Ini adalah biasa dilakukan trader, bila kadang-kadang cuba masuk lot besar dengan harapan nak cepat kaya. Cuba ubah stop loss yang akhirnya memakan diri. Cuba layer, masuk order berlapis-lapis kononnya cool, akhirnya menyesal tepuk dahi sebab akaun MC atau Stop Out.

Jadi sebab itu orang yang tak berdisiplin macam anda, perlu catit. Pastikan tahu kenapa anda masuk order, dan jika rugi kenapa, jika untung kenapa. Agar anda selalu belajar dari setiap trading.

4. Silent is Golden!

Melepak menuntut ilmu memang bagus. Tetapi sepanjang anda pergi “mengeteh” bersama rakan-rakan trader, banyak mana ilmu yang anda dapat dan berkesan. Kebanyakan sesi akan menjadi live trade sama-sama, aku buy, dia sell dan bertekak nak naik atau turun. Sesi live trade sama-sama ini tidak akan membawa kemana-mana, kerana kebanyakan trader goyang dengan position sendiri lepas tengok rakan dia masuk position lain. Akhirnya disiplin kemana, result kemana. Kecewa dan terus kecewa.

Pada zaman internet serba canggih ini, anda boleh banyakkan masa dirumah, buat kajian, baca dan menuntut ilmu online. Mengeratkan silaturrahim memang bagus, tetapi kalau ia memberikan efek kepada cara trading anda, anda perlu ubah. Jangan biar anda menjadi trader ikut-ikutan. Saya sendiri kurang melepak selepas saya serius dalam bidang ini, dan hasilnya “silent is golden”. Percayalah!

5. Anda ialah Wall Street Guy!

Selepas anda decide sahaja nak jadi forex trader, anda akan mendapat tentangan dari pelbagai sudut yang rasakan ini semua satu jalan yang salah. Tak masuk lagi bab tomahan rakan-rakan ataupun orang yang pandang rendah anda sebagai seorang forex trader. Saya tak pernah hiraukan semua itu. Bagi saya result will speak itself. Di negara kita ini sudah biasa, tetapi diluar negara, anda mungkin digelar “Wall Street Guy”.

Jadi inilah cabaran anda. Setiap kali anda rasa ingin berhenti, cuba fikir kenapa anda bermula dahulu. Ini akan menjadikan anda bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam bidang ini.

Jika anda ingin mengikuti lebih rapat lagi pengalaman yang ingin saya kongsikan tentang forex trading ini, saya jemput anda untuk LANGGAN EMAIL VIP saya di sini

Di KAKIFOREX.com saya akan kongsikan lebih banyak pembelajaran forex yang sangat premium secara PERCUMA sahaja demi membantu anda untuk lebih berjaya menjadi seorang forex trader yang professional.

Inilah harapan saya apabila membina website KAKIFOREX.com ini, untuk menjadikan website ini website rujukan forex no 1 di Malaysia dalam Bahasa Melayu mudah faham untuk anda semua.

Jadi sangatlah rugi kalau anda tak subscribe dan terlepas artikel yang saya akan kongsikan nanti.

Jangan lupa subscribe ya! Saya jumpa anda dipuncak kejayaan!