Berita Terkini

Donald Trump Pecat Penasihat Keselamatan Negara AS!

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam telah mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan Penasihat Keselamatan Negara, John Bolton untuk berundur dari jawatan penting itu disebabkan ketidaksefahaman dalam keputusan.

Berhubung isu tersebut, Trump dilihat telah menulis kenyataan pada akaun media sosial Twitter beliau yang menyebut beliau telah memaklumkan Bolton bahawa khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi di White House.

Namun, Bolton pula memberitahu bahawa beliau perlu meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan Presiden di atas beberapa cabaran polisi asing, dari Afghanistan hingga ke Iran.

John Bolton telah berkhidmat sejak April 2018 dan merupakan Penasihat Keselamatan Negara untuk Donald Trump yang ketiga selepas Michael Flynn dan HR McMaster.

Susulan isu tersebut juga, Bolton turut memuatnaik kenyataan di akaun media sosial Twitter beliau yang menyatakan bahawa beliau sendiri yang menawarkan diri untuk peletakan jawatan tersebut.

Donald Trump mengucapkan terima kasih untuk perkhidmatan Bolton dan memaklumkan bahawa beliau akan menamakan calon pengganti jawatan tersebut pada minggu hadapan.

Perkembangan daripada laporan tersebut telah mengurangkan ketegangan konflik di Timur Tengah sekaligus mempengaruhi pergerakan harga minyak mentah dalam pasaran.