Berita Terkini

Inflasi Sepanyol Mencatatkan Penurunan Ke Paras Terendah Hampir 3 Tahun

Inflasi harga pengguna Sepanyol menyaksikan penurunan ke paras paling tiga tahun pada bulan Ogos, data terakhir dari pejabat statistik INE menunjukkan hari Jumaat. Indeks harga pengguna naik sebanyak 0.3 peratus tahun ke tahun berikutan kenaikan 0.5 peratus yang direkdokan pada bulan sebelumnya. Kadar itu adalah berpadanan dengan anggaran yang dikeluarkan pada 29 Ogos. Ini adalah kadar paling lemah sejak September 2016, apabila bacaan merekodkan 0.2 peratus. Inflasi perlahan pada bulan Ogos yangs ebahagian besarnya adalah disebabkan oleh kejatuhan dalam harga elektrik, kata INE. Bulan ke bulan, harga pengguna turun 0.1 peratus, seperti yang dianggarkan, selepas susut 0.6 peratus pada bulan Julai. Indeks harmoni harga pengguna, atau HICP, naik 0.4 peratus tahun ke tahun selepas melonjak 0.6 peratus pada bulan Julai. HICP juga turun 0.1 peratus pada bulan Ogos. Kedua-dua kadar tahunan dan bulanan adalah sejajar dengan anggaran awal.