Berita Terkini

Jepun Gusar Berdepan Ancaman Kenaikan Tarif Oleh Amerika Syarikat

Dengan tarikh akhir rundingan yang semakin meruncing, Jepun sedang bergelut untuk mengelak ancaman pelaksanaaan tarif dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap sektor automobil.

Walapun selepas diumumkan perjanjian awal bersama Presiden Jepun Shinzo Abe pada 25 Ogos lalu, Presiden AS Donald Trump tetap membuka peluang untuk potensi pengenaan cukai yang tinggi ke atas kenderaan Jepun yang merupakan komponen utama bagi ekonomi ketiga terbesar dunia itu dan setakat ini adalah eksport terbesar ke Amerika Syarikat.

Trump dan Abe masih berusaha untuk mencapai kesepakatan dijangka pada pertemuan sampingan ketika acara perhimpunan agung PBB pada bulan ini.

Para perunding telah memulakan perincian rundingan termasuk menilai jumlah tarif yang akan diturunkan terhadap barangan tertentu. Pelabur melihat rundingan pada bulan ini agak berisiko dengan tempoh masa yang agak singkat untuk mencapai persetujuan bagi sektor sensitif seperti produk pertanian dan automobil serta menghapuskan halangan undang-undang.

Dalam persetujuan sebelum ini, Tokyo berjanji untuk mengurangkan tarif terhadap produk pertanian Amerika Syarikat dengan balasan Washington juga akan berbuat demikian untuk barangan perindustrian dari Jepun yang terpilih.

Bagi Jepun, objektif utama untuk perjanjian dua hala ditandatangani bersama Amerika Syarikat adalah untuk mengurangkan kenaikan tarif. Selepas beberapa pusingan rundingan, Washington berjanji untuk tidak mengenakan tarif dengan rundingan dagang masih berterusan.

Trump pada bulan lalu mengatakan beliau tidak akan mengenakan kenaikan tarif terhadap auto dengan serta-merta, tetapi tidak mengesahkan bahawa keputusan tersebut adalah kekal.

Menteri Ekonomi Jepun, Toshimitsu Motegi menyatakan isu tersebut akan dibincangkan dalam fasa akhir rundingan dengan perbincangan berkenaan tarif auto akan diteruskan.