Berita Terkini

John Bercow Beri Amaran Kepada PM Johnson Yang Dikatakan Merompak Bank?

Pasaran yang beranjak memasuki sesi dagangan Eropah menyaksikan matawang dolar Euro dan Pound Sterling mempamerkan pengukuhan harga berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan masing-masing mencatatkan kenaikan ke paras tertinggi minggu ini.

Pound Sterling yang bergerak agak mendatar sepanjang minggu akhirnya berjaya menembusi paras resistance harga sebelum ini dan mencatatkan paras tertinggi sejak dagangan penghujung Julai lalu.

Perkembangan Brexit yang masih bergolak terus diperhatikan oleh para pelabur. Jurucakap Dewan Parlimen, John Bercow telah memberi amaran kepada Perdana Menteri UK Boris Johnson yang tidak mengendahkan undang-undang halangan Brexit secara sukar, dianggap seperti kesalahan merompak bank.

Sementara itu juga, menurut pendedahan maklumat dokumen, Kesatuan Eropah dikatakan bersedia untuk meluluskan tempoh lanjutan Brexit kepada UK.

Untuk perkembangan rundingan dagang AS-China pula, Presiden AS Donald Trump mengatakan bahawa beliau lebih menginginkan perjanjian penuh bersama China dan bukanlah perjanjian bersifat sementara.

Namun, dengan senarai pengecualian barang yang dikenakan tarif diterbitkan oleh China dan juga lanjutan dua minggu kenaikan tarif oleh Trump pada Oktober, dilihat positif oleh pasaran dengan menyokong sentimen pasaran.

Sentimen yang masih kekal positif menjadi faktor dagangan safe-haven khususnya Yen terus mengalami kemerosotan berikutan tarikan pelaburan akan mengalir keluar menuju ke arah pilihan aset yang berisiko dan memberikan pulangan lebih baik.

Dagangan USD walau bagaimanapun masih gagal mendapatkan momentum pengukuhan yang jelas sementara perkembangan rundingan AS-China masih dipantau. Laporan pekerjaan NFP yang dikeluarkan pada minggu lalu juga gagal memberikan sokongan terhadap matawang utama dunia itu di samping data-data domestik pada minggu ini turut dicatatkan merosot.

Data inflasi AS untuk bulan Ogos yang dikeluarkan semalam juga menepati jangkaan penurunan 0.1% oleh pasaran. Namun, bacaan inflasi teras berjaya kekal pada bacaan 0.3% berbanding jangkaan penurunan 0.2%.

Tumpuan pada malam ini akan terarah pula pada bacaan data jualan runcit Amerika Syarikat untuk bulan Ogos yang akan diterbitkan pada jam 8.30 malam. Jangkaan bacaan data yang menurun akan turut mendorong pergerakan lemah USD dalam pasaran.