Berita Terkini

Nilai Euro Menyusut Iringi Penurunan Dagangan Safe-Haven

Awal dagangan sesi pasaran Eropah hari ini menyaksikan matawang dolar Euro mencatatkan penurunan jelasnya berbanding dolar Amerika Syarikat yang mengukuh ekoran sentimen positif rundingan dagang dalam perkembangan terbaru.

Pengukuhan dolar AS dilihat tidak begitu ketara mengukuh, namun oleh sebab faktor kewaspadaan pelabur menjelang mesyuarat dasar polisi bank pusat Eropah pada esok hari, harga ditekan ke paras lebih rendah.

Pelabur masih menjangkakan pendirian polisi pelonggaran oleh European Central Bank (ECB) dengan kemungkinan program pembelian aset yang bertujuan untuk merancakkan kembali aktiviti ekonomi di zon Eropah yang mengalami kemerosotan.

Sehingga keputusan mesyuarat dikeluarkan pada sesi Eropah Khamis, dagangan Euro dijangka akan terus bergerak lemah dalam pasaran.

Pelabur turut melihat keputusan mesyuarat ECB esok hari sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan mesyuarat oleh Federal Reserve (Fed) dan Bank of Japan (BOJ) minggu hadapan.


Sementara, Pound Sterling masih lagi diniagakan stabil dan menunjukkan kenaikan harga walaupun pergerakan dilihat agak perlahan. Pelabur akan terus memantau perkembangan Brexit dan isu-isu politik yang melanda Britain.

Dengan sentimen pasaran yang kian pulih, dagangan safe-haven Yen antara yang terkesan dengan menunjukkan kejatuhan pada nilai matawang negara Jepun tersebut.

Di samping itu juga, bank pusat Jepun terus terbuka membincangkan kebarangkalian untuk tindakan ransangan yang lebih meluas dan turut mempertimbangkan penurunan kadar faedah pada mesyuarat polisi minggu hadapan.