Berita Terkini

Pakar Ekonomi Berpendapat Inflasi Teras A.S Terus Kukuh Tidak Pengaruhi Pengurangan Kadar Faedah!

Laporan pada hari Khamis menunjukkan harga pengguna meningkat dengan kukuh pada bulan Ogos dan mendorong peningkatan pertumbuhan tahunan. Walaubagaimanapun, sebahagian penganalisis melihat, peningkatan inflasi ini tidak akan membantutkan Federal Reserve dalam mengurangkan kadar faedah.

Data lain yang dikeluarkan pada hari Khamis turut menunjukkan permohonan bantuan pengangguran jatuh ke paras terendah 5 bulan pada minggu lepas. Hal ini menunjukkan pasaran buruh masih sihat dan kukuh.

Berdasarkan kenyataan pengerusi the Fed Jerome Powell pada minggu lepas bahawa beliau tidak menjangkakan Amerika Syarikat akan berhadapan dengan kegawatan ekonomi. Dalam masa yang sama, beliau menekankan bahawa the Fed akan bertindak secara saksama bagi mengekalkan pengembangan ekonomi. Namun jika trend inflasi terus mengukuh terdapat kemungkinan bahawa ia dapat mengekang the Fed untuk melonggarkan lagi dasar monetari.

Indeks harga pengguna teras mencatat peningkatan kepada 2.4% setahun pada bulan Ogos, peningkatan terbanyak sejak Julai 2018. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh menunjukkan indeks harga pengguna teras tidak termasuk makanan dan tenaga mencatat peningkatan 0.3% berbanding beberapa bulan lepas.

Beberapa pakar ekonomi menjangkakan inflasi akan terus meningkat pada bulan-bulan akan datang dan berkemungkinan akan mencapai sasaran inflasi 2%. Walaubagaimanapun, mereka melihat the Fed masih akan terus memotong kadar faedah pada tahun ini bagi menjana pertumbuhan ekonomi.