Berita Terkini

Perkembangan Terkini – China Dan Amerika Syarikat Bersetuju Untuk Bertemu Pada Bulan Oktober!

Pada hari ini, menteri perdagangan China telah mengeluarkan kenyataan bahawa para pemimpin kedua-dua buah negara iaitu AS dan China telah berhubung melalui panggilan telefon dan hasilnya mereka bersetuju untuk berjumpa pada bulan Oktober untuk rundingan perdagangan seterusnya.

Menurut kenyataan menteri perdagangan China – Liu He yang merupakan perunding utama China dalam hubungan perdagangan telah berbincang dengan wakil perdagangan AS Robert Lighthizer dan Menteri Kewangan Steven Mnuchin pada hari ini.

Berdasarkan sumber CNBC, jurucakap wakil perdagangan Amerika Syarikat mensahkan bahawa perbincangan melalui panggilan telefon tersebut berlaku namun tidak menyatakan rincian mengenai mesyuarat bulan Oktober.

Walaubagaimanapun, menurut Menteri Perdagangan China, kedua-dua buah negara bersetuju unutk mengadakan rundingan bersemuka di Washington, D.C pada awal bulan hadapan dan persediaan akan dilakukan bermula pertengahan bulan ini.

Sebelum ini, kedua-dua belah pihak telah menyatakan untuk berjumpa pada bulan September. Namun ketegangan perdagangan antara kedua-dua buah negara telah semakin meningkat sejak beberapa minggu lepas. Pada Ahad lepas, kedua-dua buah negara telah saling mengenakan tarif tambahan berbillion dolar.

Susulan daripada laporan ini, bursa-bursa saham Amerika Syarikat dibuka tinggi.