Berita Terkini

Sentimen Pasaran : Laporan Pekerjaan Amerika Syarikat Menghambat Pergerakan US Dolar!


Matawang US dolar susut pada hari Jumaat selepas laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh menunjukkan bilangan pekerjaan yang bertambah kurang daripada jangkaan pada bulan Ogos.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.1% pada paras 98.285 setakat jam 10.30 p.m. Matawang US dolar susut paling banyak berbanding matawang CAD berikutan pengukuhan matawang CAD ke paras tertinggi 1 bulan.

Ekonomi Kanada menambah 81,000 bilangan pekerjaan pada bulan Ogos 2019, mengatasi sebanyak 24,200 bilangan pekerjaan pada bulan sebelumnya dan mengatasi jangkaan pasaran sebanyak 15,000.

Disisi lain, laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh melaporkan bahawa Non Farm Payroll ataupun NFP meningkat namun kurang daripada jangkaan para pakar ekonomi iaitu dengan mencatat peningkatan hanya sebanyak 130,000. Walaubagaimanapun bacaan ini tersasar daripada jangkaan para pakar ekonomi yang menjangkakan peningkatan sebanyak 160,000 pada bulan Ogos.

Setakat ini pasaran meletakkan jangkaan bahawa the Fed akan mengurangkan kadar faedah pada mesyuarat September 17-18.

Matawang sterling susut berbanding US dolar berikutan terdapat tindakan untuk menutup parlimen pada minggu depan. Hal ini telah meningkatkan ketidakpastian tentang isu Brexit, adakah UK akan berundur daripada Kesatuan Eropah pada Oktober 31 dengan perjanjian atau tidak berserta perjanjian.

Matawang GBP/USD jatuh 0.2% kepada 1.2313, manakala matawang EUR didagangkan kukuh sedikit pada US dolar.