Berita Terkini

Sentimen Pasaran Matawang : Matawang GBP Didagangkan Pada Paras Terendah Berikutan Ancaman Perdana Menteri UK!

Pergerakan Matawang US dolar tidak banyak berubah berbanding matawang utama pada hari Isnin berikutan kekhuatiran terhadap ketegangan perang dagang Amerika Syarikat – China yang menyebabkan para pelabur ragu-ragu dalam meletakkan pelaburan.

Setakat jam 11.00 p.m indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan sedikut kukuh selepas didagangkan rendah pada awal pagi dan kini kukuh sebanyak 0.10% pada paras 98.98 setakat jam 11.00 p.m.

Pada hari minggu yang lepas, Amerika Syarikat telah mengenakan tarif sebanyak 15% ke atas barangan import China termasuk jam pintar, televisyen dan kasut. Manakala China pula membalas dengan mengenakan tarif ke atas minyak mentah Amerika Syarikat.

Walaupun Trump ada menyatakan rundingan bersemuka akan berlangsung pada bulan September namun para pelabur masih skeptikal bahawa rundingan tersebut akan berjalan dengan lancar.

Matawang pound pula didagangkan pada paras terendah 2 minggu berikutan pertentangan penggubal undang-undang UK terhadap isu Brexit.

Matawang Sterling susut lebih 0,70% pada hari ini berbanding US dolar selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson mengancam penggubal undang-undang konservatif yang berhasrat untuk menghalang no deal Brexit. Dalam masa yang sama, sektor pembuatan UK pada bulan Ogos jatuh pada paras terendah sejak 2012.

Matawang Euro masih didagangkan rendah berbanding US dolar setakat jam 11.10 p.m dengan susut 0.21%.