Berita Terkini

Sentimen Pasaran : Matawang Pound Mengukuh Pada Paras Tertinggi Sejak Julai Lalu!

Matawang pound sterling mengukuh pada paras tertinggi sejak Julai lalu dimana Perdana Menteri UK, Boris Johnson menekankan bahawa beliau mahukan perjanjian Brexit sebelum tarikh akhir pada bulan hadapan.

Matawang Sterling mula mengukuh selepas Johnson mengatakan dalam wawancara bahawa beliau cenderung untuk mendapatkan perjanjian pada bulan Oktober. Dalam masa yang sama, matawang pound mengukuh didorong oleh data pertumbuhan ekonomi dan data pengeluaran pembuatan yang melebihi jangkaan. Hal ini telah mengurangkan sedikit kekhuatiran terhadap isu Brexit.

Pengukuhan matawang pound pada bulan ini telah mengembalikan sebahagian besar kerugian sejak Boris Johnson mengambil alih tampuk pemerintahan. Dalam masa yang sama Parlimen UK telah cuba campur tangan dengan mendesak beliau agar memperpanjangkan tarikh akhir Brexit.

Matawang pound telah mengukuh sehingga 0.8% kepada paras harga $1.2385, paras tertinggi sejak Julai 28.

Disisi lain matawang Euro juga mengukuh berikutan para pelabur menjangkakan bahawa mesyuarat ECB pada minggu ini akan menghadirkan rangsangan baru.

Indeks US dolar yang mengukur enam matawang utama, didagangkan rendah sebanyak 0.12% pada paras 98.243 setakat jam 9.30 p.m