Berita Terkini

Trump U-Turn Lagi! Trump Mahukan Kadar Faedah Diturunkan Ke Paras Negatif!

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada hari ini telah bersuara dengan menyeru Federal Reserve agar menurunkan kadar faedah ke paras negatif. Satu langkah yang enggan digunakan oleh kebanyakkan negara untuk mengatasi pertumbuhan ekonomi yang lemah kerana ia menghukum para penyimpan dan mengurangkan pendapatan bank.

Trump dalam laman Twitternya telah memuat naik kenyataan bahawa kadar yang negatif dapat menyelamatkan kerajaan daripada belenggu hutang. Walaubagaimanapun, beliau tidak menekankan fakta risiko atau ketegangan pasaran kewangan dan kadar faedah yang negatif tidak banyak membantu untuk menjana pertumbuhan ekonomi atau meningkatkan inflasi.

Kata Trump,” Federal Reserve seharusnya menurunkan kadar faedah kepada sifar atau dibawah sifar dan A.S seharusnya memulakan pembiayaan semula hutang.” Tambah Trump kita mempunyai matawang yang kukuh, kekuasaan dan penyata imbangan yang stabil.

Trump merakamkan kecewaan beliau terhadap pengerusi The Fed dan ahli the fed yang tidak membenarkan beliau dan rakan-rakan untuk melakukan sepertimana negara lain. Trump sebelum ini beberapa kali menjadikan Jerman dan Eropah sebagai contoh negara yang menurunkan kadar faedah dibawah sifar.

Pada bulan lepas yang lalu Trump telah memberitahu kepada para wartawan di Rumah Putih bahawa beliau tidak mahukan kadar faedah yang negatif di Amerika Syarikat. Namun setelah sebulan, Trump telah mengubah pandangan beliau.

Kenyataan terkini Jerome Powell ialah pada Jumaat lepas, bahawa the Fed akan bertindak dengan betul bagi mengekalkan pengembangan ekonomi dan faktor politik tidak memainkan apa peranan dalam proses pembuatan keputusan bank pusat.