Berita Terkini

Bilangan Pekerjaan Di Kanada Meningkat! Adakah Bank Pusat Akan Kurangkan Kadar?

Ekonomi Kanada bertumbuh dengan lebih baik daripada jangkaan selepas sebanyak 53,700 bilangan pekerjaan di tambah pada bulan September didorong oleh peningkatan pekerjaan dalam sektor perkhidmatan. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik ini, para penganalisis telah mengurangkan jangkaan mereka terhadap pemotongan kadar faedah oleh bank pusat pada bulan ini.

Kadar pengangguran negara jatuh menghampiri ke paras terendah iaitu 5.5% daripada 5.7% yang dikecapi pada bulan Ogos. Disisi lain upah pekerja tetap meningkat 4.3% setahun setakat bulan September. Bacaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik telah mengatasi jangkaan pakar ekonomi yang mensasarkan peningkatan sebanyak 10,000 bilangan pekerjaan dan kadar faedah hanya pada paras 5.7%. Paras terendah kadar pengangguran yang pernah dicapai  ialah pada paras 5.4% yang dikecapi pada bulan Mei lalu.

Susulan daripada laporan ini, matawang Kanada telah mengukuh berbanding US dolar pada paras C$1.3225 setakat jam 10.00 p.m.

Sejak Oktober 2018, bank pusat Kanada belum mengorak apa-apa langkah untuk mengurangkan kadar faedah. Pada bulan lepas, Bank Pusat Kanada telah mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi bertumbuh dengan perlahan dan terbuka kepada risiko. Antara yang menjadi faktor ialah pertumbuhan pasaran buruh bertumbuh perlahan.

Menurut pakar ekonomi, Doug Porter secara keseluruhan pasaran pekerjaan mencatat pengukuhan. Dalam masa yang sama, pasaran menilai bahawa hanya terdapat kemungkinan kecil bahawa bank pusat akan mengurangkan kadar faedah. Dengan data pekerjaan yang dikeluarkan ini, kemungkinan tersebut semakin mengecil.