Berita Terkini

Timbul Persoalan Sama Ada Trump Akan Bersetuju Dengan Perjanjian Kecil Ini!

Hari pertama rundingan perdagangan diakhiri dengan harapan kedua-dua pihak dapat meredakan perang dagangan dan penangguhan ke atas kenaikan tarif AS yang jadualkan minggu depan.

Dua negara ekonomi terbesar itu mungkin akan mengumumkan perjanjian perdagangan kecil minggu ini yang akan menghalang kenaikan tarif dan menetapkan peraturan terhadap bagaimana China menguruskan mata wangnya.

Pertemuan antara Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin dan Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer dengan Timbalan Perdana Menteri Liu He serta pegawai senior China berlangsung selama kira-kira tujuh jam di ibu pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR).

Memandangkan hubungan antara dua negara itu kurang baik berikutan beberapa isu yang timbul minggu ini, kedua-dua pihak dilihat lebih tertumpu kepada mencapai perjanjian kecil iaitu yang hanya akan menyelesaikan sebahagian isu daripada pertikaian perdagangan.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Hal Ehwal Antarabangsa, Myron Briliant berkata perjanjian yang lebih komprehensif akan diumumkan minggu ini tetapi skop perjanjian itu adalah bergantung kepada apa yang diusulkan oleh China ke meja rundingan.

Pentadbiran Trump mungkin akan mempertimbangkan untuk menghapuskan ancaman tambahan tarif yang dijadualkan dikenakan pada Disember atau membatalkan beberapa tarif ke atas lebih $360 bilion barangan China juga tertakluk kepada apa yang ditawarkan oleh negara itu.

Bagaimanapun, perbincangan ini dikatakan belum mencapai resolusi penuh untuk memenuhi tuntutan Trump memandangkan China telah banyak mengubah amalan ekonomi seperti menghadkan subsidi kepada firma-firmanya.

Ketika ditanya mengenai sama ada beliau bersedia untuk menerima perjanjian yang lebih kecil, Trump tidak menjawab soalan tersebut.

Dengan mengatakan rundingan dengan China berjalan dengan lancar, Presiden AS Donald Trump juga turut menyatakan rancangan untuk bertemu dengan Liu He di White House pada hari ini dan ia dilihat sebagai satu petanda yang baik dalam perkembangan rundingan ini.