Berita Terkini

Ahli-Ahli MPC Berbeza Pandangan Namun BOE Tetap Kekalkan Kadar Faedah!

Bank Pusat England (BOE) mengambil keputusan untuk kekalkan kadar faedah pada hari Khamis dan dalam masa yang sama BOE juga tidak bertindak untuk menyelaraskan kos pinjaman menjelang pilihan raya yang bakal tiba.

Kesembilan ahli-ahli komuniti Polisi Monetari BoE atau MPC yang diketuai Mark Carney telah mengundi untuk mengekalkan kadar faedah pada paras 0.75%. 7 daripada mereka termasuk Carney lebih cenderung untuk mengundi agar kadar faedah dikekalkan, akan tetapi 2 ahli lain iaitu Saunders dan Haskel  telah memberi kejutan kepada pasaran kewangan dengan mengundi agar kadar faedah dikurangkan sebanyak 0.25%.

Susulan dariapda keputusan itu, matawang sterling didagangkan susut sebanyak 0.3% berbanding US dolar kepada paras bacaan $1.2811.

Saunders dan Haskel membuat keputusan untuk mengundi pengurangan kadar faedah berikutan disebabkan pengurangan dalam penawaran pekerjaan dan risiko ekonomi global dan Brexit.


Menurut BOE, dengan berkurangnya risiko ke arah no deal maka dapat dijangkakan bahawa ketidakpastian yang bakal dihadapi oleh isi rumah perniagaan juga akan berkurang. Dalam masa yang sama, turut dijangka bahawa pertumbuhan global akan pulih secara beransur-ansur.

Bank Pusat memberi cadangan bahawa pembangunan akan mampu menjana pertumbuhan ekonomi UK, jika hal tersebut tidak terjadi maka kadar faedah mungkin perlu untuk diturunkan bagi menjana pertumbuhan UK dan memastikan kadar inflasi mencapai sasaran pada 2%.