Berita Terkini

Ahli Fed Charles Evans Beri Ulasan Mengenai Kadar Faedah Semasa – Kadar Produktiviti Q3 AS Merosot!

Sebelum ini Thomas Barkin, presiden Fed Richmond telah memberi ulasan terhadap situasi yang berlaku sejak akhir-akhir ini bahawa ketidakpastian dalam keadaan ekonomi dan suasana landskap politik akan membuatkan polisi monetari bank pusat kurang efektif buat masa sekarang.

Pada harini, ahli Fed Charles Evans mengeluarkan pandangan beliau mengenai kadar faedah terkini bahawa paras sekarang mampu untuk menjana ekonomi Amerika Syarikat namun tidak cukup untuk berhadapan dengan kejutan ekonomi pada masa hadapan.

Menurut beliau, penyelarasan yang dilakukan sekarang tidak cukup untuk mengubah secara dinamik jika terdapat kejutan negatif besar yang memerlukan The Fed untuk bertindak balas.

Disisi lain, pada hari Jabatan Buruh telah mengeluarkan laporan yang menunjukkan bahawa para pekerja Amerika Syarikat kurang produktif pada suku ketiga.

Berdasarkan data yang dikeluarkan, produktiviti nonfarm yang mengukur pengeluaran pekerja sejam jatuh sebanyak 0.3% setahun bagi suku ketiga. Kejatuhan ini merupakan kejatuhan terbesar dalam tempoh hampir 4 tahun iaitu sejak suku keempat tahun 2015. Bacaan ini juga tersasar daripada jangkaan pakar eknomi yang menjangkakan kadar pertumbuhan produktivit akan bertumbuh sebanyak 0.9% pada suku ketiga.