Berita Terkini

GBP/USD Masih Kekalkan Penurunan Harga Sejak Awal Minggu

Pelabur kekal mengikuti perkembangan semasa rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang dilaporkan semakin hampir menandatangani perjanjian fasa pertama. Dengan itu telah menyokong dagangan dolar USD untuk mengukuh selepas mengalami penurunan ekoran penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve minggu lalu.

Namun, timbul keraguan terhadap sentimen rundingan apabila China mendesak untuk Amerika Syarikat membatalkan tarif yang telah dilaksanakan sebelum ini termasuk terbaru yang berkuatkuasa pada awal September.

Sementara perkembangan di Britain, Perdana Menteri UK Boris Johnson sebagai pemimpin parti konservatif dilaporkan masih mendahului dalam tinjauan undian pilihan raya.

Dalam pada itu, dagangan Pound Sterling dilihat lebih mendatar dan jika diteliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga bergerak menurun seawal minggu ini bermula dengan tekanan USD ke atas matawang British Pound.

Setelah harga menguji paras resistance 1.29700 pada minggu lalu, harga mula membuat penurunan pada dagangan minggu ini bergerak di bawah garisan Moving Average 50 (MA50). Sekitar 60 pips penurunan harga dicatatkan pada dagangan Isnin dan Selasa pada carta GBP/USD.

Pada dagangan hari ini pula, harga bergerak perlahan dan mendatar sejak awal sesi pasaran Asia bermula sebelum sedikit menaik pada awal sesi Eropah menguji paras halangan MA50 namun dilihat bergelut untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Jika harga berjaya membuat kenaikan melepasi MA50 tersebut, jangkaan kenaikan harga boleh mencapai paras ketinggian pada 1.29700 kembali menguji zon resistance minggu lalu.

Namun jika harga meneruskan penurunan pada minggu ini, antara destinasi penurunan harga yang dijangka menjadi tumpuan adalah pada zon support 1.28100 atau lebih rendah pada 1.27800.