Berita Terkini

Perjanjian Perdagangan AS-China : Kedua-Dua Pihak Bersetuju Batalkan Tarif Sedia Ada!

Kementerian Perdagangan China telah mengeluarkan satu kenyataan dengan mengatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) dan China telah bersetuju untuk membatalkan tarif sedia ada ke atas barangan masing-masing.

Jika AS dan China berhasil mencapai perjanjian perdagangan fasa pertama, kedua-dua pihak perlu menghapuskannya dengan mengikut peratusan tarif sama berdasarkan perjanjian manakala berapa tarif yang perlu dibatalkan boleh dirunding bersama.

Kedua-dua pihak dikatakan telah bersetuju dalam dua minggu yang lalu untuk membatalkan tarif tambahan yang dikenakan semasa pertikaian dagangan mereka terdahulu, dalam fasa yang berbeza.

Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa China masih berhubung dengan AS dan mengharapkan kedua-dua pihak dapat menangani masalah masing-masing dengan sewajarnya.'

Kenyataan tersebut telah membantu meredakan kekhuatiran terhadap ketidakpastian dalam isu perdagangan yang tercetus sejak awal minggu ini dan memberi kesan kepada pergerakan matawang utama pada awal sesi Eropah.

Terdahulu, kenyataan pegawai kanan pentadbiran Trump mengenai penangguhan pertemuan kedua-dua pemimpin AS dan China untuk menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama dengan alasan perbincangan mengenai terma dan lokasi pertemuan masih berlanjutan, telah membawa kesuraman dalam pasaran di sepanjang sesi Asia.

Antara lokasi yang mungkin dipilih adalah London di mana kedua-dua pemimpin itu dapat bertemu selepas sidang kemuncak NATO yang akan dihadiri oleh Trump pada 3 hingga 4 Disember ini.