Berita Terkini

Setelah Catat Paras Terendah Terbaru, EUR/JPY Kembali Melonjak Semula!

Sentimen pasaran berisiko bertukar positif selepas perkembangan optimis dilaporkan pada sesi pasaran Eropah hari ini berhubung rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan China, China dan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah bersetuju untuk membatalkan tarif sedia ada yang dikenakan ke atas barangan masing-masing sebelum ini.

Selepas perjanjian perdagangan fasa pertama berjaya ditandatangani, kedua-dua pihak bakal menghapuskan tarif mengikut peratusan berdasarkan perjanjian manakala beberapa tarif perlu dibatalkan boleh dirunding bersama.

Kenyataan tersebut telah kembali melonjakkan keyakinan para pelabur serta menjadi faktor penyusutan ketara matawang safe-haven Yen dalam pasaran.

Melihatkan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/JPY, harga telah melonjak hampir 70 pips dari paras terendah harian sehingga mencecah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sekitar 120.700.

Sebelum itu, harga pada EUR/JPY menunjukkan penurunan sejak sesi Asia berikuta sentimen berisiko memberi kelebihan pada dagangan Yen. Penurunan telah berjaya melepasi zon support pada 120.400-120.300.

Namun sentimen yang bertukar positif telah kembali melonjakkan semula harga pada sesi Eropah.

Dolar Euro walau bagaimanapun tidak menunjukkan pemgukuhan yang jelas dan kenaikan harga pada EUR/JPY adalah lebih didorong oleh penyusutan nilai matawang Yen Jepun.

Jika momentum kenaikan berjaya dikekalkan, harga akan menguji paras tumpuan pada 121.000 sebelum meneruskan kenaikan menuju zon resistance pada 121.400.

Namun jika harga kembali pantul membuat penurunan semula, berkemungkinan harga akan cuba turun lebih rendah melepasi paras penurunan harga hari ini pada sekitar 120.150.